Friday, September 30, 2011

Makan Bola Tido Bola..


Hi guys..here comes my second posting :)



This time nak cite pasal hobi aku,yakni bolasepak..ekceli aku rasa aku ni mmg sportsman,kat umah macam2 medal/piala/cup ada dari zaman blaja sampai la sekarang,dari sukan bolasepak (of cos),futsal,badminton,volleyball,boling,petanque (sukan tradisional from france,aku wakil kelantan dulu tapi masuk peringkat kebangsaan,team skolah aku berjaya mengekalkan rekod tanpa menang hehehe!)

Of all,bolasepak la yang paling banyak piala/medal kat umah sebab aku ni dari skolah rendah lagi start main,mula2 main defender pastu naik skolah menengah tetiba jadi keeper,tatau la camne leh kekal kat posisi tu sampai la sekarang..abis skolah masuk matrix,dapat wakil matrix utk 2 tahun (96 - 97) pastu masuk main campus join plak liga UIA dan sempat la merasa juara berganda i.e. Piala Liga dan Piala Sultan Ahmad Shah..masa final Piala Sultan Ahmad Shah tu kat Stadium UIA,kitorang lawan team senior (final year students) while kitorang baru 1st dan 2nd year student,and the results?We won by 2-0 margin and the best part was, Sultan Pahang sendiri yang bagi medal..korang mampoo??Siap masuk paper lagi,Harian Metro kalu tak silap,dan juga majalah Bolasepak (Karangkraf)..

During my final year at UIA (2002),aku stat join kelab bolasepak luar i.e. MAA Assurance FC main liga KL divisyen 2 dan dapat gelaran naib johan, pastu tahun 2003 naik divisyen 1 and dapat merasa kejuaraan berganda, menang Piala FA dan juara divisyen 1..atas faktor kerja,aku quit team MAA and join team KAKEP (kelab sukan kakitangan awam mindef) pada 2004 sebab aku stat keje kat mindef pada februari 2004..team ni biasa je,main divisyen 3 liga KL tapi lagi skali merasa nikmat menjadi juara liga divisyen 3,sampai aku masuk emergency ward lepas menang final match tu sebab concussion (tidak sedarkan diri utk jangka masa pendek akibat gegaran di kepala) lepas berlaga dengan opponent masa keluar nak tangkap bola corner kick..kelam kabut awek aku malam tu (sekarang dah jadi bini) sampai dia nangis2 (member aku cite la) lepas dapat tau aku tak sedarkan diri sampai masuk wad kat KL hospital,pukul 12++ tengah malam baru dokter bagi discaj,and the very next morning baru aku tau team kitorang menang match tu sebab lepas berlaga dan hilang ingatan kejap,aku dah tak ingat pape termasuklah tengah lawan team mana dan tatau dah berapa score tapi aku leh sambung main sampai wisel penamat..pelik kan?

Panjang gak cite aku ni even aku tak berapa pandai mengarang heheheh..for the time being,stop sini dulu takut orang tak faham plak kalau panjang sangat..the next episode,aku akan sambung lagi cite pasal bola ni termasuk la gambar2 yang ada dalam simpanan..by the way,oleh kerana aku dah main banyak team sampai la sekarang,so ada la dapat gelaran iaitu pelacur bolasepak heheheh..who cares??bukan benda jahat pon kan?

To be cont..take care now,bye2 then!

No comments:

Post a Comment